Don’t Panic! Ini Dia 7 Punca Kereta Tak Boleh Start

Posted on

Halo semua! Kali ini kami nak bagikan info penting tentang masalah kereta iaitu 7 Punca Kereta Tak Boleh Start. Dalam artikel ini, tujuh punca utama yang menyebabkan kereta tidak boleh start diterangkan dengan jelas, dari bateri kong, gear lever pada posisi yang salah, starter rosak, spark plug rosak, fuel pump rosak, alternator rosak, hingga ECU yang tidak berfungsi dengan baik.

Penekanan diberikan kepada setiap punca masalah dan ciri-ciri yang perlu diperhatikan oleh pemilik kereta untuk mencari masalah tersebut. Untuk pemahaman yang lebih mendalam, terdapat juga cadangan untuk langkah penyelesaian dan rujukan kepada artikel lain yang berkaitan.

Pembaca boleh membaca artikel ini untuk mengetahui punca kereta tidak boleh start dan apa yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Artikel ini memberikan garis panduan yang berguna kepada pemilik kereta yang mengalami masalah ini.

1. Bateri Kereta Kong/Lemah

Ramai orang bertanya kereta tak boleh start tidak ada bunyi crank, mungkin ini terjadi karena bateri kereta kong. Bateri kereta kong/lemah merupakan satu punca kereta tak boleh start. Kepentingan utama bateri kereta ialah sebagai bekalan tenaga untuk hidupkan enjin kereta. Kalau bateri kereta anda sudah kong atau dalam keadaan lemah, ia tak dapat bekalkan tenaga yang cukup untuk hidupkan enjin kereta.

Bateri Kereta Kong
Bateri Kereta Kong

Ada beberapa punca utama yang boleh menyebabkan bateri kereta kong. Sila baca artikel ni supaya anda tahu Punca Bateri Kereta Ccepat Kong dan anda bisa mengelak hal yang tidak diingini. Selain itu, anda juga perlu baca beberapa hal tentang Tanda Bateri Kereta Kong.

Anda boleh cek satu battery kereta yang terbaik kat Malaysia iaitu Amaron Battery

2, Gear Level pada “D”

Kenapa kereta tak boleh start? Mungkin karena ni, nampak macam lawak tapi ramai orang mengalami masalah kereta tak boleh start sebab gear lever tak berada pada kedudukan ‘P’. Enjin kereta tak boleh start kalau tak berada pada kedudukan P. Hal ini mungkin terjadi karena korang tergesa-gesa semasa start kereta sehingga Tapi bile sedar tengok gear tu kat D la, kat R la, kat 2 atau L. Jangan risau dan cepat-cepat tukar gear lever anda ke kedudukan ‘P’, pasti semuanya akan kembali normal.

3. Starter Rosak

Fungsi starter ialah untuk hidupkan kereta dan gerakkan piston dalam enjin. Starter yang rosak tak akan mampu gerakkan sistem pembakaran dalam enjin kereta. Itu sebabnya kereta tak boleh hidup.

Ada tanda-tanda awal masalah ni, contohnya masa anda nak crank kereta, tak ada bunyi langsung. Atau masa enjin kereta tengah hidup, kadang-kadang anda boleh dengar bunyi besi bergesel. Kalau macam tu, itu bermakna starter mungkin dah mula haus. Selain tu, mungkin juga kereta tak boleh start sebab lama tak start. Untuk lebih lengkap, sila kunjungi laman Tanda Starter Kereta Rosak ni agar anda tahu tandanya secara rinci.

4. Spark Plug Rosak

Petanda awal masalah ni ialah susah nak start dan kereta akan semput masa nak tekan minyak, macam semput-semput gitu. Lepas tu, ada bunyi crank tapi enjin tak hidup atau enjin hidup tapi semput-semput, cuma lampu-lampu masih menyala. Sebabnya mungkin palam pencucuh dah rosak, jadi dia lambat nak hasilkan percikan api.

Spark Plug Kereta Rosak
Spark Plug Kereta Rosak

Kalau macam ni, eloklah telefon mekanik untuk tukar spark plug baru. Biasanya kereta standard 4 silinder akan pakai 4 spark plug, jangan buat-buat terkejut nanti pomen ketuk. Kalau kereta anda jenis Toyota Alphard V6, memang kena pakai 6 spark plug.

Untuk tahu Tanda-Tanda Spark Plug Kereta Rosak anda boleh kunjungi pautan ni dan baca sampai penuh supaya anda tahu tandanya dan bersedia untuk tukar di bengkel terdekat.

5. Fuel Pump Rosak

Pam minyak atau ‘fuel pump’ ialah komponen penting dalam kereta. Tugas fuel pump ni adalah untuk mengepam minyak dari tangki ke enjin. Kalau anda peka dengan bunyi kereta, anda boleh dengar bunyi fuel pump berfungsi bila anda memusing kunci kereta ke arah ON sebelum ignition. Bunyi tu menunjukkan fuel pump bekerja mengepam minyak supaya kereta boleh dihidupkan.

6. Alternator Rosak

sebab kereta tak boleh start salah satunya karena alternator rosak. Kalau kereta anda selalu digunakan tapi bateri kereta masih cepat habis walaupun baru tukar bateri, mungkin alternator kereta anda sudah rosak. Alternator ni penting sebab dia bagi cas elektrik kepada semua komponen dalam kereta seperti radio, lampu, wiper dan sebagainya selain charge balik bateri dan tukarkan tenaga mekanikal kepada elektrik.

Kalau alternator rosak, ada beberapa tanda-tanda yang boleh kalian lihat, untuk mengetahui secara rinci Tanda-Tanda Alternator Rosak sila kunjungi laman ini untuk dapatkan info lebih lengkap.

Jadi kalau ada tanda-tanda alternator ni, baiki segera atau hantar ke bengkel untuk check voltage dan ampere. Kalau voltage dan ampere tak okay, confirm alternator rosak dan kena tukar yang baru.

7. ECU tidak Berfungsi dengan Baik

ECU atau Unit Kawalan Elektronik adalah sebuah peranti kecil yang terdapat dalam kereta dan berfungsi untuk mengawal fungsi-fungsi penting dalam kenderaan seperti kawalan enjin dan stereng kereta, tingkap elektrik, kunci pintu, beg udara, sistem brek kecemasan automatik dan sebagainya. masalah kereta tak boleh start mungkin terkait dengan ECU. ECU kereta boleh diibaratkan seperti CPU dalam komputer.

ECU tidak berfungsi dengan Baik
ECU tidak berfungsi dengan Baik

Tanda-tanda ECU kereta yang rosak termasuk kesukaran untuk menghidupkan kereta, peningkatan penggunaan petrol, kuasa enjin berkurangan dan lampu amaran check engine yang menyala. ECU kereta berfungsi sebagai pusat kawalan yang mengawal aktiviti komponen elektronik kereta, dan sekiranya anda mengalami masalah yang disebutkan di atas, disarankan agar anda membawa kereta anda ke bengkel untuk pemeriksaan dan penyelesaian masalah yang tepat.


Oleh itu, artikel 7 Punca Kereta Tak Boleh Start memberikan panduan lengkap dan maklumat kepada pemilik kereta yang menghadapi masalah kereta mereka tidak dapat dihidupkan ataupun kereta boleh start tapi tak hidup. Untuk menangani masalah yang timbul, adalah penting untuk mengetahui punca biasa seperti bateri kong, gear lever pada posisi yang salah, starter rosak, spark plug rosak, tangki minyak rosak, alternator rosak, dan ECU yang tidak berfungsi.

Pemilik kereta boleh menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan dengan mengetahui gejala awal setiap punca masalah. Selain itu, kesedaran ini boleh membantu mengelakkan isu yang lebih serius pada masa hadapan.

Oleh itu, adalah penting untuk mengelakkan masalah seperti ini dengan sentiasa merawat dan menjaga kereta dengan baik. Semoga pembaca mendapat manfaat daripada artikel ini dan meningkatkan kesedaran tentang isu biasa yang menyebabkan kereta tidak dapat dihidupkan.

Gravatar Image
Saya menyediakan maklumat terkini mengenai dunia mobil, termasuk ulasan, kajian, berita, dan banyak lagi. Saya juga menyediakan panduan yang berkaitan dengan pembelian, pemilikan, dan penjagaan mobil, serta petua yang berguna untuk membantu anda menikmati alam perkilangan automotif. Saya memberi anda asas yang diperlukan untuk membuat pilihan yang bijak dan tepat untuk memenuhi keperluan anda.

Leave a Reply